alhamdulillah,diam tak diam,dah pon masuk ke tahun baru.
tahun baru yang bakal menjanjikan pelbagai cabaran dan dugaan untuk ditempuh.
tahun baru yang bakal menyaksikan i melangkah ke hadapan.
tahun baru yang bakal menyaksikan i mengenggam diploma dan meneruskan ke peringkat seterusnya,
ijazah sarjana muda.inshaAllah dengan izinNya,
baru seketika tadi post entry tentang maal hijrah kat my open blog.yang kawan2 i tahu.
tapi kat sini pon nak post juga :)
tahun baru dalam Islam xperlu lah diraikan dengan laungan mengira saat yang dinantikan,
cukuplah dengan bacaan Yasin,solat hajat mensyukuri atas nikmat yang xterhingga yang dianugerahkan olehNya.disertakan dengan doa awal tahun dan akhir tahun.
alhamdulillah sekali lagi kerana masih dipanjangkan umur
disihatkan tubuh badan.
dilimpahi dengan rezeki yang halal lagi baik
dikurniakan keluarga yang cukup memahami diri ini
diberi rakan-rakan yang banyak menyokong
dikurniakan akal fikiran hingga boleh berfikir dan membezakan
yang mana haq dan yang mana batil.
yang mana halal yang mana haram
yang mana muhrim yang mana tidak
YaAllah aku amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan memperbetulkan kesilapan lalu.
aku bersyukur kerana Engkau menunjukkan aku tentang kesilapan aku,kealpaan aku.
sesungguhnya,selama mana aku hidup ini
sungguh aku telah banyak melakukan kesilapan.dosa kepadaMu.
sungguh aku banyak melakukan dosa terhadapMu.
aku malu denganMu yaAllah,penciptaku.
seolah2 aku tidak bersyukur kepadaMu.
aku alpa dengan dunia,aku leka dengan permainan syaitan.
sungguh,itulah manusia.ketika susah.barulah ingat akan pencipta mereka.
begitulah aku...
tersedar aku dengan kesilapanku.Engkau menunjukkan melalui keputusan peperiksaan aku yang lalu
walau mana aku berusaha.aku merasakan peperiksaan amat mudah aku lakukan,
tapi aku masih xterdaya mendapat yang terbaik
kerana Engkau yang menentukan segalanya untukku
aku amat amat bersyukur kerana tersedar untuk itu.
jadikan tahun baru ini tahun terbaik untukku yaAllah.
tahun aku mengecapi kejayaan
tahun aku makin dekat kepadaMu
tahun aku menyeimbangkan hal duniawi dan ukhrawiku.
tahun aku kuat dalam menempuh dugaan dan cabaran yang telah Kau tetapkan untukku.
jangan yaAllah Kau jadikan aku disebaliknya.
sungguh aku rindukan suasana dulu.suasana disekolah
yang mendekatkan aku denganMu.
biah islamiah yang amat menyenangkan
yaAllah bantu aku tidak jatuh tersungkur dari jalanmu.
bantu aku dalam menghadapi dunia ini dengan iman hanya setebal kulit bawang ini.
aku mengharap padaMu.
salam maal hijrah dariku~
Thursday, December 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment