Tuesday, July 28, 2009

terdampar di langit biru

pagi semalam aku berdiri di tengah-tengah bandar kuala lumpur...
berdiri didepan bangunan tinggi-tinggi...hati terdetik
[oh lama sudah aku tidak jejak kaki di kuala lumpur]
aku terkaku melihat bangunan tinggi mencakar langit...
hingga puncaknya ditutupi awan..
aku terpana melihat gelagat manusia yang bergelar remaja
hanya menjadi perhiasan bandaraya ditepi-tepi jalan,di setiap penjuru tangga dan dimana sahaja
terdetik di hati
[oh mereka sungguh bangga jadi sedemikian]
[bagaimanakah mahu maju jikalau anak muda masih memandang enteng kehidupan]
[walhal merekalah pewaris dunia]

aku berjalan lagi di muka bumi Tuhan
setiap udara yang kuhirup
aku bersyukur padaNya
setiap pergerakan nadiku
aku bersyukur padaNya
setiap apa aku rasa,lihat,sentuh
aku bersyukur padaNya
setiap langkah kakiku
aku bersyukur padaNya

aku terdampar ditengah kota
melihat langit biru
aku bersyukur hidup dibumi Malaysia
aman dan tenang

aku melangkah ke sebuah tempat
[ah! memori lama singgah di ingatan]
[bilakah mahu dilenyapkan?]
[sampai bila aku perlu ditakuk lama]
tapi aku xberdaya
aku biarkan sahaja memori bermain-main diingatan

No comments:

Post a Comment