Tuesday, July 28, 2009

penjara~

MENGAPA PENJARA DI DUNIA DIPENUHI LELAKI MANAKALA PENJARA DI AKHIRAT DIPENUHI WANITA?


Dimana-mana negara di dunia hari ini penjara-penjaranya dipenuhi kaum lelaki.
Ini tidaklah pelik kerana kebanyakannya yang merompak, membunuh, menculik adalah di kalangan lelaki.
Ertinya mengikut penialaian dunia kaum lelaki ramai yang jahat berbanding kaum wanita. Tetapi pada waktu yang sama,
kaum wanita mendapat satu khabar yang mencemaskan
iaitu Rasulullah SAW memberitahu

bahawa penghuni neraka, 2/3 adalah terdiri daripada kaum wanita. Mengapa terjadi demikian?

Kerajaan manusia dan kerajaan tuhan tidak sama. Oleh itu ukuran Tuhan dan ukuran manusia juga adalah tidak sama.
Ada pekara di dalam kerajaan Tuhan salah tetapi bagi kerajaan manusia tidak salah.
Begitulah sebaliknya.
Contohnya dalam
kerajaan Tuhan berat atau ringannya kesalahan tidak diukur dari sudut lahiriah atau nilaian fizikal.
Banyak bentuk kes adalah yang tidak memerlukan kekuatan fizikal.
Sebab itulah
mudah dilakukan wanita seperti menjadi pelacur, penyanyi, dedah aurat, bergaul bebas, melawan suami dan lain-lain. Ianya tidak berat dari sudut fizikal.
Sebab itu kaum wanita ramai melakukannya.


Pada kerajaan manusia itu bukanlah satu kesalahan.
Manakala kesalahan-kesalahan dunia banyak yang berat-berat,
tidak larat dan tidak mampu dibuat oleh kaum wanita
seperti membunuh, rompakan, culik dan lain-lain.
Sebab itulah ramai lelaki yang buat.
Disinilah sebabnya mengapa ramai penghuni neraka daripada wanita,
kesalahan yang nampak kecil pada manusa tetapi besar di sisi Tuhan.
Kesalahan itu akan menjadi lebih besar apabila yang buat dosa tidak rasa berdosa
kalau tidak bertaubat ke atas dosa-dosa tersebut malah terus mengulanginya.

Kaum wanita sepatutnya cemas dengan peringatan daripada Rasulullah SAW tersebut kerana begitu mudah untuk tergelincir ke Neraka jika tidak berhati-hati.
Biarlah kita susah dan sakit di dunia dalam mentaati perintah Tuhan
dan menjauhi larangannya bagi mengelak sakit yang berpanjangan di sana…

SS; renungan bersama...~

No comments:

Post a Comment